12 Julai 2011 , 01.25 am , Tok Wan telah meninggalkan kami semua ... :')
First of all , kami semua masih lagi dalam keadaan sedih atas pemergian Tok Wan tersayang Hj . Abu Bakar bin Alias . Dia telahpun kembali ke rahmatullah . Setelah sebulan dia menanggung kesakitan akhirnya Tok Wan menghembuskan nafas terakhirnya atas pangkuan paklang tanpa kesedaran sesiapa .
Sehari sebelum arwah meninggalkan kami , dia memang dh tk boleh cakap , bergerak pun dah kurang, mata dah tk larat nk bukak tapi cuma boleh angguk kepala sikit sikit je . Petang tu , semua adik beradik ada , kami pun mengambil kesempatan untuk mintak ampun mintak maaf . Memang tk boleh tahan air mata , tapi alhamdulillah sempat jugak ktorang semua mintak maaf . Hari2 ktorang baca Yassin dekat arwah :')
Then petang malam tu macam biase tetamu datang melawat TokWan , tapi time doctor Rosli datang ( favourite doctor TokWan ) , doctor predict TokWan boleh survive dalam 2 hari je . Tapi ajal maut di tangan Tuhan . Kami semua redha je dengan keputusan dari doctor sebab keadaan TokWan memang dah critical , kaki tangan semua dah mula nak sejuk , muntah darah plus najis pun dah coulour hitam :'c
But malam tu entah aku dengan cousins aku lagi 5 orang ni tk boleh tidur , tk mengantuk langsung. Kitorang macam biase la tidur dekat depan sebab bilik semua dah full . Yang mama , abah , maklang semua dh tidur dah . Tinggal MakTok , PakLang , Makcik , Pakcik and Makcik Ona je yang duduk jaga Tokwan . Ktorang 6 orang ni pulak dah macam bangang berkaunseling pasal love la stuff bodoh2 ni haa -,- TokWan dah la tengah nazak time tu . Tu yang buat kitorang rasa serba salah . Apesal la time tu tk terpikir nak duduk sebelah TokWan , nak mengaji ke ape ke . Tengah khusyuk berkaunseling tiba2 dengar PakLang dengan MakCik mcam bergaduh . Kitorang pun ape lagi , cepat2 pegi kt TokWan . Then dapat tau , Tokwan dah takde . Semua terkejut . Kitorang bangunkan semua orang yg tengah tidur tu then kitorang baca Yassin . Takde siape pun sedar pemergian Tokwan . Even Paklang , sebab time tu TokWan atas pangkuan PakLang . Tokwan pergi dengan senang dan aman , cepat je malaikat maut ambik nyawa dia . TokWan pergi tanpa mata terbukak , jerit2 , bunyi2.. namun hanya dengan menitiskan setitik air mata :')
Pagi tu buat preparation , kitorang sempat tidur 3 jam je , okay la daripada yg tk dapat tidur sebab tengah uruskan jenazah . Bangun2 tu dh siap semua , aku duduk baca Yassin sebelah TokWan , then bila dah mandikan jenazah , tiba lah masa untuk kafankan :') Sedih ya Allah bila tengok TokWan dikafankan . Bila dah selesai kafan tu , semua anak-beranak , adik-beradik , cucu-cicit semua cium TokWan buat kali terakhir . Masa cium TokWan tu muka TokWan sejuk sangat. Aku tk dapat tahan air mata , aku pun keluar rumah . Itulah saat terakhir aku dapat cium TokWan , dan itulah saat terakhir aku dapat tengok muka dia . Muka TokWan berseri :')
Dekat kubur tk elok nangis , so aku pun tahan je la .Menangis jugak bila tengok TokWan dikebumikan . Alhamdulillah TokWan selamat dikebumikan around 11 something macamtu . Pemergian arwah memang terasa sekali . Malam tu buat tahlil sikit , kesian tengok MakTok . Maktok tk sihat , muka dia pulak nmpak lost :'(
Baru je kitorang ramai plan nak buat 3 celebration on this 31st August . Sebab time tu la raya , time tu la merdeka , and time tu jugak lah birthday ke 86 TokWan :') Tapi kita hanya boleh merancang , Allah yang tentukan . Alhamdulillah MakTok dapat buktikan cinta dia untuk Tokwan sampai hembusan nafas yang terakhir Tokwan :')
Al-Fatihah untuk Allahyarham Hj Abu Bakar bin Alias , semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan dengan golongan orang orang yang beriman . Amin .
Tokwan , insyaAllah kalau takde halangan , i will go and visit you each time kitorang balik kampung . InsyaAllah . May Allah have Mercy on you and may you rest in peace . Al-Fatihah .
No comments:
Post a Comment